Siapakah Orang Yang Berselimut
Dan setelah di makrifatkan, maka apa pula kaitan di antara salasilah
keluarga dan Panji Kerajaan Allah Ta’ala?
Lupakah saudara-saudara bahawa mereka yang dipilih oleh Allah itu datang
dari satu keluarga juga?
Apakah erti isi kandungan Surah Ali Imran?
Dari manakah lahirnya Keluarga Ibrahim?
Dari manakah pula datangnya Bani Hasyim?
Dan bukankah mereka inilah Ahlul Bait?
Firman Allah di dalam Surah Ali Imran yang
bermaksud
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam,
Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat
(di masa mereka masing-masing)”
Firman Allah di dalam Surah Huud yang
bermaksud
“Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan
Allah?
(Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya,
dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! S
esungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah."
Dari manakah lahirnya para-para Nabi dan Rasul-rasul sekiranya tidak
dari keturunan yang sama?
Adakah ini juga hendak dinafikan padahalFirman Allah pada Surah Al
An’aam yang bermaksud
“Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Yaqub kepadanya.
Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk;
dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk,
dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) yaitu
Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun.
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang
shaleh. Dan Ismail, Alyasa', Yunus dan Luth.
Masing-masing Kami lebihkan derajatnya di atas umat (di masanya),
Dan Kami lebihkan (pula) derajat sebahagian dari bapak-bapak mereka,
keturunan dan saudara-saudara mereka.
Dan Kami telah memilih mereka (untuk menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul)
dan Kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus”
Bukankah jelas sekarang bahawa Rasul-rasul dan Nabi-nabi datang dari
salasilah keluarga yang sama?
Oleh kerana itu, wajiblah seorang Rasul itu datang dari keturunan yang
terpilih. Dan lupakah kamu kepada siapakah pemerintahan Kerajaan Nya
Allah Ta’ala itu diberikan?
Firman Allah di dalam Surah An Nisaa’ yang
bermaksud
“ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran karunia yang
Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab
dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya
kerajaan yang besar.”
Firman Allah di dalam Surah Al A’raaf yang
bermaksud
Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu
semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada
Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia,
Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada
kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu
mendapat petunjuk".
Mengapakah Keluarga Ibrahim diberikan Kerajaan Nya, dan mengapakah Nabi
Allah Musa sekali lagi mengingatkan manusia akan anugerah Allah kepada
mereka? Dan bukankah pada hari berbangkit, manusia akan mengetahui juga
bahawa perjalanan seorang Rasul itu adalah di dalam Kerajaan Allah
Ta’ala?
Firman Allah di dalam Surah Al Furqaan yang
bermaksud
“Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha
Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi
orang-orang kafir. Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim
menggigit dua tangannya,seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku
mengambil jalan bersama-sama Rasul"
Maka adakah sesiapa yang di antara saudara-saudara yang mahu mengatakan
bahawa Sunan Kalijogo itu menipu atau tukang sihir atau hanya seorang
penyair sedangkan dia menyampaikan apa yang tertulis di dalam Al Quran?
Inilah rahsia yang telah dibukakan oleh Sunan Kalijogo yang
ulamak-ulamak di dunia ini semuanya kabur. Ramai yang tidak mahu
mengakui kebenaran ini kerana tidak mahu tunduk kepada seorang yang
tidak dikenali, kerana dasar ilmu yang tinggi mereka pelajari dari
tempat-tempat pengajian Islam yang terkenal, dengan guru-guru yang
ternama. Tetapi kenalkan saudara-saudara dengan Sunan Kalijogo? Sunan
Kalijogo yang sebenarnya sudah wafat. Jadi siapakah yang mampu
menggunakan nama seorang Wali untuk menyampaikan sekiranya dia bukan
dari keturunan yang sama? Tidak ada orang di dunia ini yang mengetahui
rahsia keluarga masing-masing melainkan dari darah dagingnya sendiri.
Seperti mana Firman Allah di dalam Surah Al
Ahzab yang bermaksud
“Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih
berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmim
dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada
saudara-saudaramu”
Part 3
|