Petua
Untuk Kesihatan Tenaga Batin
Segala
apa yang dilakukan mempunyai kesan sertamerta atau berjangka panjang.
Pelbagai petua telah diajarkan oleh orang-orang tua Jawa Kuno untuk
kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan menghalalkan yang haram
tapi merupakan hasil dari pengalaman orang-orang tua Jawa Kuno
.
1.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum
air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya
sama seperti minum air ais.
2.Jangan amalkan memakan makanan bersifat sejuk atau disejukkan. Ia
boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. (Jangan makan
nasi sejuk, panaskan dahulu).
3.Jangan memakan makanan yang kuahnya banyak kerana ia melemahkan
zakar.
4.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2
minit suapan terakhir.
5.Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu
mengelakkan dari mudah lelah ketika bersetubuh.
6.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau
bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian
barulah minum air.
7.Jangan makan kepak ayam kerana ia melemahkan zakar.
8.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
9.Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas
kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
10.Elakkan dari membuang air ditempat air bertakung, carilah tempat
yang kering dahulu kemudian buang air kecil. Ini melatih mengawal
otot zakar dengan baik.
11.Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa Air mani keluar dan
melemahkan zakar.
12.Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
13.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah
yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju
kezakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran
dan melemahkan zakar.
14.Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam
air.
15.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari bersetubuh lebih dari 3
kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
16.Jangan bersetubuh di dalam air.
|