Sedarlah wahai
saudara-saudaraku bahawa perjalanan jihad kamu adalah melalui jalan
peperangan.
Peperangan yang bagaimanakah yang hendak kamu laksanakan?
Adakah melalui pertumpahan darah dengan saudara seagamamu atau dengan
mereka-mereka yang bukan menganuti Islam?
Mengapakah ini yang dikatakan sebagai jalan jihad?
Ianya adalah kerana masing-masing hendak menegakkan agama atau
perjalanan masing-masing.
Masing-masing bertindak untuk mencari kebenaran.
Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang benar, merekalah yang
mengetahui yang sebenarnya padahal masing-masing sebenarnya meraba-raba
di dalam kegelapan.
Sanggupkah seorang Islam membunuh seorang Islam yang lain sedangkan
mereka mendoakan kesejahteraan seluruh muslimin dan muslimah?
Mampukah kamu menjawab kepada anak isteri mereka sekiranya suaminya
terbunuh atas hasil usaha tangan kamu sendiri?
Mampukah kamu menjawab kepada seluruh muslimin dan muslimah mengapakah
kamu membunuh seorang Islam yang mendoakan kamu, kedua-dua ibubapa kamu,
keluarga kamu?
|